f.o.l.l.o.w.e.r.s

Saturday, February 27, 2010

silent is good~

salam to all.

setelah sekian lame aku tak update. maklum la, bz siapkan proposal. adeh. tak suke la. tak suke wat thesis. penat nak perah otak. balik keje dah tentu penat, lagi susah nk fokus. adeh. T_T

aku da submit dah proposal. submit wat kali kedua. sbb yg 1st tu ade error skit. kantoi abis copy paste tanpa tgk2 dulu. ambik kau! hahahaha. skang ni just tggu je feedback kali kedua dari advisor aku. mudah2an kali ni okay la. tak mau la wat keje yg same byk2 kali. penat dah. uhuk! Ya Allah, permudahkan la segala urusan ku. Amin.

oh ye. mengenai entry kt bwh ni, yg aku ckp aku syok sendiri tu, sbnrnye tu bukan aku. org lain tu. ade sorg kwn aku, die mengalami konflik dalaman and die cite kt aku. so, konon2 aku tgh try menyelami watak die la tu. cewah! ade bakat jadi pelakon tak aku? ahahahahahaha. sori ye, jgn tertipu. aku byk sgt kawan. every weekends pun aku kua. klu bukan dgn kwn yg tu, aku kua ngn kwn yg lain. so, jgn salah phm ye ttg entry kt bwh ni. hehehehe.

last thursday aku gi Segamat. ade meeting ngn lecturers. mcm biase la kene 'basuh'. bagus jugak utk peringatan. klu tak tu asik la wat tak tau je psl benda2 penting. yg paling BEST dpt jmpe kwn2 kesayangan. HAPPY sgt2. hehehe.

well. weekends ni aku isi dgn tido. takpun hang out ngn family. last nite kami satu family gi tgk cite MY NAME IS KHAN. for me, cite tu mmg best. just andaikan yg Malaysia ni pakai mazhab lain and Hindi pakai mazhab lain. sbb klu ikotkan, mane bleh kawen ngn lain2 agama unless klu org tu masuk Islam. ape2pn pemahaman org bergantung la utk mereka menilai nye.

ok, MAXIS aku kene bar. pg semalam br tau kene bar. time tu la menggagau cari hp lg satu, no celcom. aku missplaced. cari pnye cari, jmpe jgk. trus suro adik aku topup. well, its a good reason for me to keep silent for a while. makin lame makin rase diri ni teruk sgt plak. so, cool sudah la. ape2pn, ym ade, celcom ade, FB pn ade. bukan xleh keep in touch kan. nak ngn tak nak je. keputusan buat mase sekarang ni, i'll keep silent. we'll see samada makin mencabar atau tiada sebarang perubahan. just wait and go with the flow. weee. ^_^

okay lah. aku update lg kemudian. bye. salam.






i always love my family. they are the best. ^_^



[notaku: da lame cuti, rase mcm mls plak nk stat keje. adeh. bln dpn byk jgk nk kene mintak cuti. hrp2 k.ita ok. hehe~]

Wednesday, February 24, 2010

away~

t o

S e G a M a T~



[notaku: tau ade meeting last minit. tp nsb baik aku mmg cuti esok. terpakse la aku rela ke sane~]

Tuesday, February 23, 2010

ok, FINE~

salam to all.

aku nk pendekkan cite yg setelah sekian lame membelenggu aku. padahal hal kecik je pun.
  • beberapa bln ni aku rapat dgn seseorang. YES, lelaki.
  • kami rajin lepak same2 and tak pernah missed every weekends.
  • kami mmg takde ape2 masalah pun smpai sekarang sbb kami COOL.
  • tapi lately ni AKU yg terlalu melayan perasaan and tak pasal2 emo + kecik hati kt kwn aku tu.
  • the FACT is, die taktau pun pasal ni sbb aku sendiri yg buat masalah kt diri sendiri.
  • konon tak nak contact die, tp bile fikir2 balik, aku yg tak betul.
  • kalau kawan tu KAWAN je la and buat mcm biase and aku akan pertahankan friendship ni smpai bile2.
  • kesimpulannye, aku yg SYOK SENDIRI.
sekian. terima kasih.


[notaku: aku cuti rabu smpai ahad. heaven tapi kene mengadap thesis and submit ahad ni. DAMN! still stuck~]

Monday, February 22, 2010

sharing is caring~

aNDA mengetahui yang aNDA merindui seseorang apabila jantung aNDA berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. aNDA mungkin menaruh hati padanya, cuma aNDA tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan terlalu baik, DIA akan merindui aNDA. Jangan terlalu mengambil berat, DIA mungkin menyukai aNDA. Jangan jadi terlalu sweet? DIA mungkin jatuh hati kepada aNDA. Seseorang yang membuatkan aNDA jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi aNDA lebih daripada aNDA menyayangi DIA.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup anDA dan menjadi sebahagian daripada hidup aNDa, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang- kurannya dia pernah membahagiakan aNdA. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama ANDA, dia akan kembali. Kembali pada aNDA.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak aNDA ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika aNDa merasakan aNDa telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka aNDa akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama aNDA ketika ini tetapi masih menyayangi aNDa sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya aNDa akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk aNDa mencubanya, aNDa mungkin akan kehilangan orang yang aNDa sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati aNDA kepda orang yang aNDa sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada aNDa. AnDA akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, AnDa juga kan rasa bangga terhadap diri aNdA kerana telah menunaikan tanggungjawab aNDa terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.

umi tagged aku kt FB. thanx umi. saje nk wat aku touching lg kn. DAMN! -_-


[notaku: still wat thesis dgn sabar nye. huhu~]


Sunday, February 21, 2010

thesis yg semakin hancur~

salam to all..

tak tau nk cite ape. yg pastinye aku skang da takde mood nk taip pjg2. just nk share ape yg ade dlm hati ni je. dlm hati ni sgt jiwa kacau b4 dpt berbincang dgn mak. after dah berbincang dgn mak, mmg sgt lega. cume aku je la mampu or tak nak buat. tp aku rase InsyaAllah i can do it. instinc mak always betul. so, kene ingat pesan mak. jgn jadi BODOH. baek mak. takkan jadi BODOH lagi pasni. maybe aku terlalu ikot kan sgt perasaan yg tak betul ni. actually tak salah nk cite ttg perasaan. tp tu la, aku ni da jauh sgt fikir sedangkan benda tu baru je nak mule. yeah, aku ni cakap je pandai tapi dlm hati lain. well, sape2 yg ade kt tempat aku mesti akan faham. that's it. i'm really DONE this time. i SWEAR. demi MAK.

thesis in progress. cuti CNY da abis. adik2 sume da blk ke hostel masing2. due date submit thesis 26-28 feb ni. tp aku still stuck kt chapter 1. insyaAllah aku akan work hard because this is my life. oh yeah! aku tolak offer lecturer tu. ye, ckp je aku BODOH. i don't care. sbb aku sendiri tak yakin and aku rase sgt serabut. i need more time. aku stick ngn plan asal, nak jd lecturer lepas aku kawen & ade MASTER & ade beberapa tahun experience kerja. insyaAllah, moga dipermudahkan. Amin.

salam takziah buat fatiha & family, my classmates. die baru je kehilangan orang yg paling die syg. Al-Fatihah.

"I need an easy friend. I do, with an ear to lend. I do, think you fit this shoe. I do, but do you have a clue?"

"kadang-kadang perasaan sangat complicated yang kita tak tahu jawapan nya"


[notaku: enough this time. aku da spent every weekends for this 2 month and i need a break. ye, aku yg lebih2. aku yg stat and aku akan tamatkan. sorry & thanx for everything. i really appreciate our frenship. i just think too far that u may not think about it. i'm sorry again~]

Thursday, February 18, 2010

tepuk dada tanya selera~


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungkanlah Sedalam-dalamnya...

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.

Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar.
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi. "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada."


aku dpt tazkirah ni dr email yg yda bg. biase aku mark as read je. malas nk bace. tp kali ni terbukak hati plak nk bace. as u guys know, lately ni aku mmg cpt touching. taktau la psl ape. org yg berdekatan yg tau cite pun mungkin akan ckp aku ni over. whatever it is, this is my feelings. hanya Allah yg tau ape aku rase.

so, bace benda ni and tanye diri sendiri. adakah kite sedia utk menempuh akhirat kelak? tepuk dada tanya lah IMAN~ ^_^


[notaku: advisor ckp takyah dtg segamat, just email je. ade skit lega. tp takde la lega sgt sbb aku bukan slalu email die. adeh. semlm dpt berita gembira. kwn aku nk kawen. excited sbb ni first time member LELAKI mahad yg nak kawen selain Faisal. Faisal special kes sbb die kawen ngn kwn aku gk. hehe. papepn, happy for u frens~]

Wednesday, February 17, 2010

fakta atau auta?

lu pikir la sendiri. huhu~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


amik dari blog nisa. sgt suke ayat2 ni. huhu. lately cpt btul touching. penat la. adeh. thanx nisa, for once again. hehe. ^_^

Noktah Cinta~

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya



ok fine. aku JIWANG! Damn! *_*


[notaku: lagu tu asik kua je. tu psl terSUKE. tp takde bwk mksd ape2 pn. layankan je la. huhu~]

Monday, February 15, 2010

currently~

konon nk away, blah la. just nk share je. bia lega rse hati. pasni btul2 away. haha~

" currently aku fokus utk thesis + mase depan. aku suke seseorang, dan biar la dia kekal sbg kwn. sbb aku lebih selesa begitu. ade jodoh tak kemana. family 1st, thats my priority. "

p/s: suke tak semestinye sayang atau cinta. btul tak? JGN salah TAFSIR~

ari jumaat mlm tgk percy jackson, ari sabtu plak jln2 window shopping + shopping skit. dr rumah aku ke gombak ke wangsa walk ke OU ke PJ ke Kpg Baru ke gombak dan akhirnye pulang ke rumah. jauh kan perjalanan kami? bg sesape yg terserempak dgn kami, wat2 tak tau je la eh. lalalalalala~
hari ahad plak mase dihabiskan bersama family tercinta. sume adik2 ade. suke sgt~


[notaku: thesis da jln skit. weekends ni smbg lg. skang aku tgh wat slide mock teaching plak. cuti yg memenatkan otak. huhu~]

Sunday, February 14, 2010

away~




aku makin bz and terlalu bz smpai serabut utk berfikir~
aku akan berehat sekejap dr menaip blog smpai aku rse nk taip blk~
aku perlu siapkn thesis + mock teaching sblm akhir bln ni, so i need to FOCUS~
wish me luck ye kwn2~
^_^


[notaku: every weekends jmpe + jln2 + tgk wyg. seronok ade kwn mcm die. thanx alot~]


Wednesday, February 10, 2010

kata-kata harini~

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.


aku amik dr fb umi lg skali.. thanx umi.. hehe.. sori la, aku bukan nk menjiwang, cume aku nk share kata2 yg sgt menyentuh hati aku ni.. huhu~



[notaku: mcm rindu. tp serabut lebih lg dr rindu. thesis + mock teaching sgt membebankan. work in progress~]

Tuesday, February 9, 2010

i know it already~

salam to all..

harini da masuk keje balik.. even keje ini adalah hanya sekadar praktikal utk abiskan final sem aku, aku tetap kene dtg jugak.. dalam hati, jiwa & sanubari mmg sgt malas.. sbb aku tau aku takkan dpt kerja yg mencabar.. memandangkan makin lame makin hampir dgn tempoh aku tamat berkhidmat kt sini, aku cekalkan jugak hati ni utk pergi.. huhu~

well, semalam aku ade interview dkt kolej swasta.. as a lecturer.. fyi, lecturer utk kolej swasta (sesetengah) klu ade bachelor pun da qualify for this job.. klu tutor plak utk ipta or kolej2 yg ade link ngn gov.. nk jd lecturer kt situ mst ade master.. hehehe.. rase nye korg pn tau, tp aku sekadar nk share.. sbb ade jugak la org persoalkan, setakat degree layak ke jd lecturer? at first, aku pn pikir cmtu and siap gado2 ngn kwn aku sbb aku nak pertahankn yg klu kite ade master br bleh jd lecturer.. but now i know.. hehehe~

ok, smbung.. interview was ok & good.. interviewer sgt hensem, chinese & kami cakap bahasa melayu je.. hehehe.. oh ya, name kolej tu ialah KOLEJ KEMAHIRAN MINDA ISBA UK.. kolej ni under IKRAM HOLDINGS.. so far, aku tgk ok jgk tmpt tu and mostly pekerja bhgian admin org melayu.. org atasan plak chinese.. cool jgk tmpt die sbb kt dlm shopping complex - Brem Mall Kepong.. ade wayang, ade bowling, ade giant.. huhuhu~

mase interview die just tgk resume & result aku.. dari diploma smpai la degree.. and i think, kolej tu nk cari lecturer accounting.. part time kot.. lupe plak nk tnye.. hahaha.. so, aku disuruh buat mock teaching pada 25Feb nnti.. and die bg aku 2 subjek which is Financial Accounting & Management Accounting.. adeh.. aku terpakse bukak balik notes2 aku time diploma dlu.. 1 subjek die bg mse 1/2 jam.. so, 2 subjek sejam laa.. huhu.. sgt cuak kot.. presentation mmg biase buat, tp selalu nye ngn kwn2.. ni sorg2.. mati la aku.. hehehe~

so, stat from now aku mmg kene bahagikan mase aku utk thesis and prepare for mock teaching.. aku nk buat yg terbaik for both.. thesis plak kene anta 26Feb.. so, korg bleh bayangkan la betapa bz nye aku.. dgn tempahan kek lg.. huhu.. aku anggap ni rezeki utk aku teruskan hidup demi mase depan.. aku tak rase beban malah aku rase seronok + teruja.. kene perah otak btul2 la for this 2 weeks.. huhuhu~

anyway, wish me luck ye.. dpt or tak kerja tu, aku tak kisah sgt.. janji pengalaman.. as i said, aku kan tak ready lg nk jd lecturer.. tp klu da rezeki, aku terima dgn syukur nye.. and hopefully Allah permudahkan segala urusan aku.. Amin~


[notaku: entry kt bawah ni sekadar luahan hati aku. aku dgn mak ok. cume itu konflik dalaman aku. and aku sedar aku yg berubah kebelakangan ni. thanks pd kwn2 yg concern. terharu. i'm okay~]

Sunday, February 7, 2010

aku tau salah aku~

aku buat sesuatu benda yg happy & membuatkan aku rase selesa dgn kehidupan skang, tp ade insan plg istimewa kecik hati & kecewa dgn sikap aku~

aku kdg2 tersepit, nak dahulukan mane? kata hati atau kata insan istimewa?
jika dgr kata hati, biasanye akan binasa~
jika dgr kata insan teristimewa, syurga dibawah tapak kakinye & pahala trus dicatat, tp bagaimana dgn kehendak diri sendiri?

sekarang ni, dosa pd insan teristimewa sgt berat aku pikul~
rasa bersalah, rasa marah, rasa sedih, rasa kecik hati, tp rasa sayang je yg selalu mekar dihati~

maafkan aku wahai IBU, aku tak bermaksud utk melukakan mu. cume beri aku ruang untuk perbaiki segala kesilapan aku. bagi aku ruang utk merasa gembira. bagi aku ruang utk berdikari. tak perlu risau ttg diri ku dan jgn riso ttg kisah cinta ku. kali ini aku akan lebih berhati2 dan aku janji takkan ulangi kisah dulu. aku bersyukur dan gembira sbb ade insan seperti mu. susah senang kite bersama. segala yg tersurat & tersirat sume diketahui bersama. cume sekarang spt ade jurang. aku tau salah aku. aku mengaku salah aku. maafkan aku & aku perlukan sokongan dari mu utk teruskan hidup aku. aku taknak hampakan mu. itu janji aku~



[notaku: demi terlalu mengejar gembira, dlm tak sedar, byk insan yg disayangi terluka. maafkan aku. aku sayang mereka. mereka la nadi aku utk terus hidup. maafkan aku~]

Friday, February 5, 2010

kata-kata hari ini~

Wahai wanita solehah. . . . .

Jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu,

Takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman atau pada bicara manja yang mengoda atau pada pujuk rayu sorg wanita yang meruntuhkan imannya.

Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.

Andai belum smpai jodohmu,anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.

Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya & adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan mu. .

kata2 dr FB umi.. sgt bermakna dear.. thanx~ ^_^



[notaku: perempuan yg baik utk lelaki yg baik. moga Allah temukan jodoh yg terbaik buatku. Amin~]

Thursday, February 4, 2010

kebenaran~

" Whatever u give a woman, she will make it greater. Give her sperm, she will give u a baby. Give her a house, she will give u a home. Give her groceries, she will give u a meal. Give her a smile n she will give u her heart. She multiplies and enlarges what she is given. So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit. "


kata2 ni aku amik kt FB alisa.. thanx alisa for this words.. sgt bermakna~ ^_^



[notaku: aku dpt interview sbg pensyarah dkt kolej swasta di kepong. isnin nnti pergi je interview and tgk ape yg mereka akan rundingkn. wish me luck ye~]

Wednesday, February 3, 2010

semakin TUA?

salam to all..

ok, harini rase nk update skit.. skit je.. hehehehe~

aku xde la nk cite apepn, cume aku nk bgtau esok 040210~

ade ape? hehehe.. well, klu kire blk, from 041009 - 040210, its been 5 month I'M SINGLE~
huhu.. mst ade org ckp, TU PN NK KECOH.. suke hati aku kerana ini blog aku.. klu xnk bace sile tekan pangkah pade skrin anda, kt atas belah kanan ye.. tQ~ ^_^

seperti yg kite sume sedia maklum, umur makin lame makin meningkat.. sorg2 kwn mak aku tnye bile nk kawen? adeh.. lemah semangat btul dgr soalan mcm tu.. ye la, trend skang kan pompuan kawen cepat, even kwn2 aku pn ramai da kawen ok! adeh.. so, kebiasaannye jawapan aku:

"eh, blaja pn xabis lg ni.. relax dlu mkck"

tp kwn2 mak aku sgt bijak, mereka ckp lagi, kalau da ade calon ape salahnye.. dan aku pn jawab blk:

"eh, mane ade calon lg.. kwn2 ramai la mkck.. relax2 dlu"

yg plg sentap skali bile mereka ckp:

"mkck tau kamu ni kwn keliling pinggang, xkn la 1 pn xmelekat?"

dlm hatiku sudah berkata2:

"what the?? keliling pinggang? ingat aku HOT ke? adoiii"

tp aku wat2 cool and ckp:

"mmg keliling pinggang mkck, tp bg la sy keje dlu, stabilkn adik bradik dan kewangan keluarga then br la sy pk psl tu.. time tu sape yg masih melekat kt pinggang sy tu la yg jd laki sy mkck.. hehe"

ok tak jawapan aku tu? aku rase ok la sbb mereka hanye membalas dgn senyuman sambil berkata:

"ye la, mcm tu la anak sulung"

see.. tau pun.. so, no need to rush la mkck.. heheheheheehe~

so, kesimpulannye, aku masih belum bersedia utk bercinta semula.. even aku rase perasaan tu kdg2 meronta2, tp aku tak bleh layankan sgt.. aku tak nak leka and abaikan family.. ape2pn, aku tetap berdoa kt Allah supaya temukan aku dgn jodoh aku and hopefully this time he will be the last man in my life that i'll be with, InsyaAllah.. siapa? aku hanye mampu berdoa semoga dipermudahkan segalanye~ ^_^

this weekends aku bz lg.. sabtu aku ade wacana dgn geng2 KAMY.. lame tak lepak ngn dorg.. sure gempak ni.. hehehe.. then ahad, ade plan nk wat thesis same2.. dgn kwn2.. hopefully bleh siap skit dr tak siap langsung.. hehehe~


[notaku: kalau suke, ckp je. i'll wait~]

Monday, February 1, 2010

work in silent~



itu handbag baru ku.. cadang nk beli ROXY.. tp takde yg berkenan di hati.. huhu~
anyway, thanx to HIM.. bile belek2 blk, cantik jugak~ ^_^

actually, aku nk cuti rehat kejap dr menaip blog.. mcm mls nk update and lately aku agk bz.. byk benda nk cite, but aku tak nak cite details.. cume ape yg aku bleh ckp, i'm happy with my life rite now.. terima kasih buat mereka yg terlibat kerana menggembirakan aku.. hehe~ ^_^

geram jugak.. ptt arini aku cuti sbb aku warga WPKL.. tp ape kn daye, da praktikal kt selangor.. so, keje je la dgn ikhlas ye.. hehehe.. bye2 Januari, welcome February~


[notaku: aku tak blk kpg, cume mak & adik2 je. da 2 mggu berturut2 aku movie marathon smpai tak tau nk tgk cite ape dah. uhuk! thesis still tak jln lg. memerlukan lebih mood utk stat. ape2pn aku gembira~]