f.o.l.l.o.w.e.r.s

Wednesday, September 19, 2018

Kenapa Diffuser Young Living?

Assalamualaikum semua.

Harini aku nak cerita pasal kelebihan menggunakan diffuser Young Living. Tapi sebelum tu, aku tak cakap yg ada di pasaran (shopee atau lazada) tu tak bagus, cuma kita tak tahu lebih details dia pakai plastik gred apa, safe untuk environment ke tak. So sebelum korg beli, meh aku nak cerita sikit pasal diffuser Young Living ni.



“KENAPA YOUNG LIVING DIFFUSER? Kalau burner? Humidifier? Air purifier? I dah ada boleh titik EO tak?'’ 


Essential oil young living perlukan diffuser jenis ultrasonic utk bebaskan molekul eo yg sgt halus tu ke udara. Young living essential oil tak boleh pakai diffuser jenis burner atau jenis lain. Kerana yang pakai burner tu utk 'aroma oil' yang ada pelarut (solvent) dan alkohol. Sebab tu boleh pakai burner sebab nak bebaskan alkohol tersebut untuk menghasilkan bau.


Young living essential oil tak perlukan pemanasan sebab tiada alkohol atau solvent di dalam proses penghasilan atau di dalam end product. 100% the essential oil itself dari tumbuhan.


Air Humidifier dan purifier tanpa fungsi diffuser (yang mcm bentuk 'otak') yg dijual di pasaraya tidak menukarkan (diffuse) essential oil kepada zarah-zarah halus sebaliknya hanya terapung di atas air.


Jadi, young living diffuser menggunakan gelombang ultrasonic dengan getaran tertentu untuk membebaskan zarah-zarah halus essential oil ke udara tanpa merosakkan therapeutic grade nya, korang bukan sahaja dapat menikmati bau (aroma) tetapi juga khasiat/property eessential oil tersebut.


Inilah antara diffuser Young Living. Memang menarik dan direka khas supaya sesuai untuk dijadikan hiasan rumah😁



1. Desert Mist Diffuser; Retail Price RM373 dapat free essential oil Lemon & Lavender 5ml

2. Lantern Diffuser: Retail Price RM500 dapat free essential oil Lemon & Lavender 5ml

3. Dewdrop Diffuser; Retail Price RM373 dapat free essential oil Lemon & Lavender 5ml

4. Gentle Mist Diffuser; Retail Price RM236.50

5. ORB Diffuser; Retail Price USD34.87 (diffuser ni hanya ada di US sahaja dan item ni not for resale) Jadi, kalau korang ahli young living, korang boleh direct order je dari US.


Buat laa pilihan yang bijak. Buat research dulu sebelum beli. InsyaAllah pilihan yang terbaik akan memberikan manfaat yang baik juga.🤗



Xoxo

Adibah Azlin

@adibahazlin.yleo

012.674.1670



Boleh klik link dibawah untuk sebarang pertanyaan ye😊

http://adibahazlinyleo.wasap.my




Wednesday, September 12, 2018

Young Living Essential Oil by Adibah Azlin

Gituuu tajuk! Dah lama tak update tetiba je tajuk macam tu😂

Assalamualaikum semua.

Setelah sekian lama, baru dapat kemaskini blog yang tersayang ni. Okay, dipendekkan cerita, Alhamdulillah kehidupan aku stabil buat masa sekarang. Anak masih seorang, doakan rezeki aku untuk tambah anak lagi ye.😁

Sekarang aku masih bekerja tapi aku buat bisnes sampingan juga iaitu independent distributor for Young Living Essential Oil. Jadi sebelum aku cerita panjang tentang Young Living ni, aku nak up 1 post macam mana nak jadi ahli Young Living.

1. Beli set Basic ni serendah RM200 sahaja. Boleh jadi ahli. Set ni digalakkan pada mereka yang memang pengguna Young Living, maksudnya dah pernah beli diffuser, dah pernah beli essential oil dan beberapa produk Young Living yang lain.


2. Set Basic Plus Starter Kit ni antara paling banyak permintaan juga terutama pada mereka yang tak tahu pasal Young Living tapi ingin mencuba. Jadi aku suggest set yang ni. Set ni di datang kan sekali dengan diffuser dan dapat 3 essential oil. Untuk first timer, memang berbaloi.


3. Tetapi antara dua set diatas, aku paling rekemen sekali untuk beli set Premium Starter Kit (PSK) ni. Sebab sangat berbaloi-baloi. Dapat diffuser dan 10 essential oil dan paling menarik dapat free lagi 3 essential oil. Setiap satu essential oil ni memang ada fungsi tersendiri. PSK ni boleh dijadikan sebagai first aid kit di rumah kita dan insyaAllah mampu meredakan kesakitan.


Essential oil ni bukan lah ubat seperti yang digembar gembur kan. Essential oil ni salah satu ikhtiar kita untuk meredakan penyakit daripada terus melarat. Tapi semua atas izin Allah juga.

Dibawah ni antara kebaikan setiap essential oil yang ada dalam PSK set;


Apakah kebaikan menjadi ahli Young Living Essential Oil? Lets check out!

🌹of course dapat beli essential oil dan product Young Living yang lain dengan harga ahli! Yay!

🌹aku akan guide korg serba serbi tentang Young Living selagi termampu!

🌹korg akan ada group support yang mana banyak kawan-kawan yang lebih berpengalaman untuk share setiap manfaat product Young Living dengan korg

🌹dapat free gift dari Young Living kalau korg meet the requirement

🌹boleh kumpul point lepas tu redeem point tu dengan barangan dari Young Living

🌹peluang utk berbisnes dgn Young Living

...... dan macam-macam lagi! Serius best dan insyaAllah berbaloi-baloi👍🏼


Untuk mendapat update dan info terkini, korg boleh follow @adibahazlin.yleo dekat instagram. Ataupun kalau ada yang berminat, jangan segan nak whatsapp aku di nombor: 012.674.1670



Xoxo

Adibah Azlin

Young Living Independent Distributor

Cyberjaya, Putrajaya, Kuala Lumpur

Sunday, August 23, 2015

Suami❤️



Sebelum kelahiran Aysara, sepanjang 2 tahun berkepit dgn suami. Manje2, jln pegang tgn, boleh keluar bile2 masa. Pegi mane2 sume dgn suami. Masak utk suami. Iron baju suami. Makan same2. Tido peluk2. Pendek kata, semua benda laa buat berdua dgn suami. Seronok sgt!! :)

Tp lepas ade anak ni, suami depan mata pun boleh menangis sbb rindu. Bile suami kene pegi potong rambut sorg2 atau beli brg2, rase sebak sgt sbb tak dpt nak temankan. Tak sempat iron baju kerja suami, rase bersalah. Kdg2 nk mintak tolong buat mcm2 pun rasa serba salah. Tp Alhamdulillah suami aku byk membantu dan memahami. :)

Ni baru 2 tahun, mcm mane laa agk nye bile pasangan yg lebih dr 2 tahun dah lame hidup berdua tibe2 ade anak nnti. Mesti rase lg teruk dr aku kan.

Eh aku tak cakap ade anak ni tak best tau. Ade anak mmg best sgt2! Tp kite akan kurang merasa dah moment2 bile berdua tu. Hehehe. Boleh laa rase lagi tp tak seromantik mase berdua dulu laa. Hehehe. So nasihat aku utk mereka yg takde anak lg tu, relax2 je and enjoy moment2 romantik bersama suami selagi berdua. Bile dah ade anak nnti, sebok nk manje dgn anak je. Ibu kepit dgn anak, papa jeles. Papa asik kiss2 anak, ibu plak jeles! Hahahaha. Peace✌🏼️

Tuesday, August 11, 2015

4 hari di NICU

Salam semua

Spt yg aku janji, nak share plak pengalaman Aysara masuk NICU.

Disebabkan aku overdue selama 8 hari, Aysara dah berak dlm perut which is dlm kategori Fetal Distress. Sepatutnye, mase Aysara ditarik keluar dr perut, doc tak nak bagi die menangis dulu. Tp Aysara ni sgt aggresif org nye. Keluar je terus menangis.

Lepas Aysara keluar, doc bwk lari ke bilik belakang. Aku dgr lg bunyi mcm kene sedut. Mase tu pakar bius sibuk call Paed yg on call utk observe Aysara. 2-3 org jgk laa die call tp sume amik mase nak smpai ke hospital. Mujur ade sorg Paed yg available and Aysara terus kene tolak ke NICU utk pantauan. Sebelum tu, nurse singgah dlu kt aku and suro tgk rupe anak. Aku sempat kiss je and terus nurse tu lari bwk Aysara ke NICU.

Hari 1st and 2nd, Aysara ok cume tak brape nak stabil. Suami aku yg turun tgk Aysara. Suami ckp mcm2 wayar ade kt badan Aysara termasuk tiub oksigen. Mase ni, Paed ckp heartbeat die laju, pernafasan pn laju. Bantuan oksigen dipasang utk tlg Aysara bernafas dgn betul. Mase ni suami sedih sgt tgk Aysara mcm tu. Dlm mase yg same, nurse pesan perah susu sbb hari ke3 dah boleh stat feeding.

Maka, gigih laa kami suami isteri perah susu. Tp sbb aku tak penah bg Aysara direct feed lg, aku assume susu lambat sikit nk keluar. Ade tu ade, kolestrum yg kuantiti nye sgt sikit. Sedih sgt mase ni :(

Hari ke3, nurse dtg kt aku and tnye psl susu. Aku ckp dah perah tp tak banyak. Mgkin die ckp dgn Paed kot yg aku takde susu lagi. Nurse tu dtg balik dan mintak izin nk bagi susu formula kt Aysara. Mase ni lg laa sedih. Dah laa tak dpt nk direct feed Aysara. :( Bile nurse tu buat penerangan sume, lega sikit bile dgr dorg pakai tiub, tak pakai puting. So dgn berat hati aku pun izinkan. Takpe laa, asalkan anak kenyang. Aku tak boleh nk direct feed lg sbb faktor pernafasan Aysara. Hari ke3 tu tiub  oksigen tu baru je bukak and dorg nk monitor pernafasan Aysara without oksigen plak.

Mase aku dgn suami turun tgk Aysara, Aysara tgh tdo. Nurse ckp die bru lepas susu. Tu yg tdo lena. Nurse yg jaga Aysara ckp, Aysara ni seorang yg sgt aktif. Menangis pn kuat and jenis tak give up punye org. Adeh. Ikot sape laa awk ni Aysara. ;)

Hari ke4, nurse panggil aku turun utk try direct feed Aysara. Dgn rase excited, aku pun turun ke NICU. Hehe. Alhamdulillah, bru dpt peluk Aysara for the 1st time. Kecik nye anak ibu tp kemain pjg kaki. Hehe. Mase ni Aysara tdo. Puas kejutkn Aysara, die taknak bangun. So 1st trial nk direct feed tak berjaya sbb Aysara tak bangun. Hahaha. 

Hari ke5, pagi2 aku dah turun ke NICU utk direct feed Aysara, again! Hahaha. Nerves mase ni sbb die mmg tgh nangis nk susu. Alhamdulillah, berjaya! Sume nurse puji Aysara pandai hisap susu! Good job anak ibu! Yay! Hehehe. Dlm mase yg same, dorg pantau jgk pernafasan Aysara. Ade sorg nurse ni sembang2 dgn aku, mcm2 die share psl breastfeeding. Seronok dgr. InsyaAllah moga dipermudahkan urusan penyusuan aku ni. Niat dah psg dr awal dah. :)

Habis menyusukan Aysara, aku naik atas semula. Tgh rehat2, tetibe doc aku dtg. Die tnye nk discharge bile? Aku ckp tak kisah terpulang pd doc. Doc ckp tggu laa baby sbb baby dah stabil dah, dah boleh direct feed. Aku ok kan aje. Doc ckp klu takde pape Aysara dah boleh naik atas tdo dgn aku harini. Bile dgr tu, semangat btul aku! Tak sabar nk tggu Aysara naik. Hehe. Tak lame lps tu, nurse plak pggil aku, die ckp Paed ade kt nuseri klu aku nak jumpe. So aku pun pegi laa jumpe dgn Paed tu. Alhamdulillah good progress laa yg aku dgr dr Paed tu. Dah xray paru2 Aysara, takde pape and kuman2 sume dah takde. Die pn ckp Aysara dah boleh naik dah anytime from now. Alhamdulillah! :)

Tggu pnye tggu, ptg tu Aysara naik duduk sebelah aku. Alhamdulillah lega rase. Elok je die tdo. Ptg ke mlm bilik aku penuh dgn family. Sbb dorg pn 1st time dpt tgk Aysara. Untung jd cucu sulung, semua org syg. Hehe. Alhamdulillah. :) Mlm tu aku dpt laa tdo dgn nyenyak. Aysara bangun menyusu kejap je lps tu die tdo smpai pagi. Hehehe.

Hari ke6, Alhamdulillah aku dgn Aysara dah boleh discharge! Yay! Pagi2 aku dah bangun siap2. Tak sabar dah nak balik. Ye laa dekat seminggu duduk hospital, mmg mati kutu rase nye. Dgn baby takde dgn aku. Suami pun nak kerja tak senang hati sbb anak kt NICU. Hehe. Settle segala urusan bayaran semua, kitorg pn balik rumah. Yay! Alhamdulillah. :)

Kesimpulan yg aku bleh buat:
1. Kalau dah overdue tu, tolong laa jgn STRESS mcm aku! Hahahaha. Serius aku ckp overdue ni stress. Mmg laa org ckp takyah fikir sgt, pegi laa beraya dulu. Oii mase tu nak beraya pun dah tak larat. Makan mane boleh byk2 dah, ruang dah takde. Hahaha. Stress sbb asik tnye je bile laa baby nk keluar ni, heartbeat baby ok ke ni, harini mcm kurg gerak laa and plg best org asik tnye je, DAH BERANAK KE? Haa mane laa tak stress kan! Hahahaha.
2. Alhamdulillah Aysara sgt kuat org nye. Die tak cpt mengalah same mcm die menangis skang ni. Hahahahaha. Suara die mmg 1 Kpg Pasir ni dgr laa klu die nangis! Tone nangis Aysara senada dan nyaring! Hahaha
3. Aku diuji dgn dugaan ni, Alhamdulillah Aysara takde jaundice. Pdhal aku darah O. Selain minum susu kambing dgn amik Salindah mase pregnant, mgkin atas izin Allah jgk. Allah mgkin nk ringankan sikit urusan aku. Alhamdulillah syukur. ;)
4. Again, jgn stress ye klu susu sikit mule2. Mmg mcm tu laa awal2 penyusuan. Alhamdulillah jgk suami byk sgt2 bantu dan bg semangat kt aku. Lucky sgt aku dpt suami yg sgt supportive. Untung Aysara ade Papa yg best! :)

Hari 1st dgn 2nd balik rumah, kami 1 rumah jd panda. Hahahaha. Aysara meragam je sepanjang malam. Alhamdulillah hari ke3, Aysara tido. Caranye, menyusukan die sambil baring. Aku sbnrnye scary jgk nk mengiring ni, tp try je laa. Alhamdulillah okay. Skang ni siang Aysara berjaga, tghari tdo kejap, malam tido smpai ibu nk bg susu pn die tak nak. Dpt laa ibu tido kejap, dgr die nangis skit trus bagi susu and die tdo balik. Alhamdulillah :)

Ok laa. Smpai sini dlu. Klu ade benda nk share lg nnti aku update ok. Hehe. Thanks for reading! :)

Wednesday, August 5, 2015

Kronologi: kelahiran Aysara Najla Mohd Naim

Salam semua.

Seperti yg korg sedia maklum, aku selamat melahirkan puteri sulung seberat 3.05kg pd 20.07.2015 (Isnin) secara czer di Hospital Pusrawi pd jam 9.04 malam. Aku lahirkan Aysara masa kandungan aku genap 41minggu 1hari. Overdue 8 hari dr EDD sepatutnye iaitu pd 12 Julai 2015. Apepun, Syukur Alhamdulillah semuanye baik2 shj wpn pd awal kelahiran ade komplikasi skit.

Sebelum aku terlupa, aku nak coretkan pengalaman bersalin Aysara sbg kenangan. Moga ade rezeki utk merasa lg nikmat mengandung dan melahirkan. Amin. :)

17 Julai 2015 (Jumaat)
- mase ni raya pertama. Org sebok beraya tp aku sebok melayan perut mengeras. Smpai 1 time aku tak tahan sgt, aku msg doc aku. Die suro pegi hospital utk buat CTG. Perut aku mengeras and baby gerak slow je. Sape tak risau kan? Terus pegi emergency. Buat CTG, tp heartbeat baby laju. Doc ckp balik dlu, minum air masak byk2 then lg 2jam dtg blk utk buat CTG. Selepas 2jam, aku dgn suami dtg blk utk CTG. Alhamdulillah heartbeat baby ok and back to normal. So, kami pn balik and tido. Hehe. Punca heartbeat baby laju mase tu mgkin sbb pemakanan. Ye laa, raya pertama kan. Mcm2 aku makan! Hahaha.
- actually lepas checkup hari selasa (14 Julai 2015), mmg ade vaginal discharge. Lendir coklat. Tp doc ckp keep monitor je and if turun darah cpt2 dtg hospital. Aku pn keep monitor je laa. Lendir tu on off keluar. So takde laa risau sgt sbb takde darah turun and aku mmg takde rase nk beranak pn lg. :)

18 Julai 2015 (Sabtu)
- meneruskan hari raya kedua mcm biasa. Cume nye kami tak kemana pun. Mertua balik Terengganu. Kami packing beg sbb plannye nak balik rumah sewa esok. Oh, aku dgn suami berkampung kt rumah mertua sejak awal puasa lg, kononnye nk standby laa sbb anytime baby keluar. Dr rumah mertua dekat skit nk gi hospital. Hehe.

19 Julai 2015 (Ahad)
- packing and kemas2. Then balik rumah sewa. Mase ni aku dah rase sakit. Cume sakit yg boleh ditanggung laa. Tp tibe2 perut mengeras balik dan baby pun kurang aktif. So, kami pun pegi emergency lg and buat CTG. Again, Alhamdulillah baby ok and doc ckp dah start ade contraction which is aku pn ade jgk rase wpn tak brape sakit sgt. Doc tnye nk admit ke nk tggu sakit? Aku tnye doc, agk2 boleh bersalin esok ke? Die ckp depends and die nasihatkn rehat kt rumah. So, kami pn balik rumah. Mlm tu mmg aku dah stat rase contraction dah tp aku still dpt tdo nyenyak lg. Hahaha. 

20 Julai 2015 (Isnin)
- sepatutnye aku kene serah diri utk induce. Msg doc, die ckp dtg je anytime. Suami kerja. So tinggal aku sorg kt rumah. Mmg aku nk tinggal konon nk kemas rumah sblm serah diri. Plannye, adik aku yg akan bwk kn ke hospital dan suami akan dtg lepas abis kerja. Tp kuasa Allah jgk, pagi2 lg aku dah rasa sakit. Contraction yg sgt kerap. Tak silap aku selang 5 minit. Fuhh! Mcm tu rupenye sakit contraction. Tak keruan oii! Hahaha. So dlm pkul10 cmtu adik aku amik kt rumah. Sempat jgk tggu mak masak soto. Makan dlu sblm serah diri. Hehehe. Dlm pkul12 cmtu aku rase cm sakit sgt dah. Terus suro adik aku anta gi hospital. Mcm biasa, terus ke emergency and kalini btul2 kene admit. Masuk kt labor room, nurse suro tukar baju. Mase tu Mak yg temankan. Tp Mak aku plak terlebih nerves dan die mintak suami aku yg dtg temankan. Tak lame lepas tu, suami aku pn smpai. Dgn suami boleh laa manja lebih skit kan. Hahaha. 
- masa aku admit, doc aku baru je balik sbb die bru lepas sambut 1 kes. Dipendekkan cerita, lps aku solat zohor, midwife dtg utk cek bukaan. Bygkn laa tgh contraction, pastu kene seluk plak. Fuhh rase nk sepak org! Hehehe. Midwife cek, baru bukak 1.5cm kate nye. So die ckp die akan tlg bukak bg smpai 2cm. Ape nth dikorek2 nye maka dpt laa 2cm. 
- lps kene seluk tu, aku berehat laa sambil layan contraction. Dlm pkul4 lebih gitu, aku gi laa toilet. Aku perasan ade lendir hijau+kuning. Mase ni mmg cuak jgk sbb aku rase baby mcm dah berak. So aku panggil laa nurse. Nurse bg aku pad supaya senang nk tgk discharge tu. Mase tu aku bru lepas bersihkn laa lendir tu, so yg tercalit kt pad sikit sgt. Midwife dtg tgk die ckp tu discharge biase je. Aku rase mcm tak je. Silap aku kt sini, aku tak consult dgn doc aku. Aku layan je sakit contraction and dgr ckp midwife.
- dlm pkul7 lebih, aku bangun and ready2 nak solat maghrib. Mase ni kt pad tu penuh jgk laa lendir hijau tu. Mase ni aku nekad dah, lps solat aku akan call doc aku. Elok lepas aku solat maghrib and tgh tadah tgn nk berdoa, doc aku pn smpai. Die dtg sbb ade sorg lg patient die kene induce. So die standby utk patient yg tu. Dlm mase yg same, die mgkin jgk nk monitor perkembangan aku. Doc mintk nk cek bukaan. Die selak kain aku die tgk lendir hijau dah byk. Automatic die ckp baby dah berak ni. Dgn muke yg sedikit cuak doc mintk izin kami suami isteri utk proceed to czer sbb bukaan still 2cm lg. Perasaan aku mase ni a bit relief laa sbb sakit contraction tu bg aku sakit sgt2! Mase ni bru laa aku tau aku ni takde laa kuat sgt! Hehe. Bile doc bgtau baby dah berak and kene czer, suami aku sedih. Bile tgk die sedih, dgn aku skali laa meleleh2. Smpai skang tak tnye kenape suami sedih. Tp aku rase mesti laa sbb risaukan baby. Hehe. Mase ni rase lega sgt sbb tetibe doc dtg and nk cek. Patut nye doc akan dtg esok hari nye. Mmg Allah nk tlg kami jgk laa. Alhamdulillah. :)
- so procedure utk czer dipersiapkan. Mase ni aku tak tgk jam pun. Yg aku tau, aku ditolak masuk ke OT, kene tggu pakar bius jap, ade mcm2 penerangan and byk benda kene sign. Sblm ditolak masuk OT tu, nurse bg jmpe suami. Mase ni cume dpt ckp, mintk maaf dan tolong doakan aku dgn baby selamat. Aku nmpk jam kt bilik OT tu pkul830 mlm mase aku kene bius tu. Lame jgk oii proses nk membius ni. Sblm kene bius tu still kene layan contraction lg. Fuhh mmg mencabar sgt rase.
- lepas bius dah sebati kt badan aku, oh half body ye, terus doc stat membelah perut aku. Fuhhh! Terasa jgk laa perut kene rodok! Aku rase mcm kene goncang je badan aku mase tu. hehehe. Mase ni sbnrnye aku dah mamai2 jgk. Mgkin sbb letih. Aku dgr skit2 perbualan doc. Dgr jgk pembantu doc tgh sedut taik baby. Doc bius ckp jgn bg baby nangis dlu. Tp anak aku ni keluar2 je terus nangis. Tu yg kene cepat2 bwk ke NICU. Sbb nye bile die nangis, paru2 akan mengembang, so kuman najis tu senang masuk ke paru2. Klu salah, tlg betulkan ye. Mase dgr anak menangis tu, Allah sebak nye hati. Aku sempat menangis sbb tak caya anak yg ditunggu2 akhirnye keluar jgk. Alhamdulillah syukur. :)
- patutnye ade skin to skin, tp disebabkan anak aku ade komplikasi, maka tak dpt nk skin to skin. Aku dpt cium anak aku sekejap je then terus kene bwk lari gi NICU. Lps anak aku keluar, aku dah stat pening2 dah. Doc bius inject ape nth trus aku tertido. Sedar2 aku dah kt luar bilik OT. Bile kene sorong keluar utk pegi kt wad je, aku tgk semua family tgh tggu aku dgn baby. Family aku ade. Family mertua pn ade. Disebabkan anak kt NICU, semua tak dpt nk tgk anak aku. Kirenye mlm tu aku tdo tanpa baby disisi. Sedih rase hati. :(

Kesimpulan yg aku buat sendiri;
1. Kene always consult dgn doc especially klu ade tanda2 yg meragukan
2. Kalau dah overdue, pergerakan baby WAJIB dikire ye. Mmg baby akan kurg aktif sbb ruang dah tak brape nk ade. Kalau perut mengeras pun boleh consult dgn doc terus. Sebarang vaginal discharge pun kene monitor jgk. Klu ragu2, tlg laa contact doc trus ye.
3. Ape yg midwife ckp, jgn percaya bulat2, still kene rujuk doc pakar
4. Aku dgn suami syak midwife yg cek bukaan tu terjolok skit air ketuban. Nasib baik tak terus leaking. But still bahaya laa. Bygkan dr pkul2 smpai maghrib lendir hijau tu non-stop keluar. Nauzubillah nasib takde benda buruk jadi. Nk blame org pn no point skang ni sbb benda dah jadi. Hrp kwn2 lain alert laa ye. :)
5. Rezeki stp org lain2. Ni bahagian aku. Ni cerita aku. Aku merancang nk natural and normal birth, tp perancangan Allah lebih hebat. Ade hikmah disebalik semua ni. Aku dgn suami redha. Jnji anak selamat.

Hari ke7 haritu, suami dah cukurkan kepala anak aku. Dan nama diberi, Aysara Najla Bt Mohd Naim. Aysara bermaksud yg kaya, Najla bermaksud yg baik keturunannya/mata yg cantik. Bile digabungkan, ia bermaksud anak yg memudahkan. Ini hasil rujukan dr ustazah, kwn kpd kwn aku. Moga Aysara jadi anak yg solehah buat ibu dan papa. Aysara pengikat kasih syg antara aku dan suami. Alhamdulillah, syukur atas kurniaanMu yg amat berharga ni. InsyaAllah akan kami jaga sebaiknye berdasarkan landasanMu. :)

Nanti aku cerita plak pengalaman anak masuk NICU ye. InsyaAllah. :) Anak aku berada di NICU selama 4 hari. Hari ke5 baru aku dpt pegang and tdo dgn baby. Hari ke6 aku dgn baby dibenarkan discharge. Alhamdulillah :)

Nnti aku smbg ye. Wassalam :)