f.o.l.l.o.w.e.r.s

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednesday~


Salam semua.

Lame tak update blog! Hehe. Alasan biasa is BZ. Alasan ke2 ialah laptop yg lembap mengalahkan siput bab1. Alasan ke3 ialah broadband husband tak bayor lagi! Hahahaha. Ampuuun~

Patut harini wordless Wednesday ye tak? Tak pe laa. Saje2 nk berleter kt sini. Hehe.

Bulan March bulan yg ditunggu2. Full of event and I hope everything went smoothly. Amin.



6th – 22nd March : menunggu bonus + gaji!
20th – 24th March : honeymoon & visit husband's relatives at Kuala Terengganu!
25th March : husband’s birthday & 1st year of engagement!
29th – 31st March : Penang trip with kesayangan!


I’ll start my new chapter in April! Moga dipermudahkan olehNya. Amin.








[notaku: later aku reveal eh. I’m so grateful Allah perkenankan doa aku. Moga bertambah murah lg rezeki aku lps ni, anak maybe. InsyaAllah, Amin. Syukur Alhamdulillah]


Wednesday, January 23, 2013

Honeymoon : Bye Bye Langkawi~


Salam semua.

Okay, tiba laa entry last part about our honeymoon. Nothing much actually but we really enjoyed our trip together! Walaupun ade laa beberapa rintangan, tp Alhamdulillah everything perfectly planned for us! Hehe. Hajat dihati mmg nk pegi honeymoon luar Malaysia. Tp mase survey2 pakej tu rse mcm byk sgt nk kene spare duit. insyaAllah maybe next year ke. Tahun ni plak kitorg plan jalan2 dlm Malaysia jgk. Mggu ni nak gi JB. Bulan Mac nak gi Penang. And nnti nak balik kpg husband kt Terengganu. Tak sabar nak jalan2. hehe. Dah kawen ni, everyday pun HONEYMOON! weee~

On the last day tu, kami bangun a bit lewat jgk. Kemas2 barang2. Kami risau pasal berat beg sebab aku beli luggage for only 15kg je. Takpe laa, kami kemas je laa dgn harapan takkan bertambah double 15kg lagi. Hehe. Sebab kami borong coklat byk. Ditambah plak dgn set pinggan mangkuk cawan, mmg serius berat! Smpai beg yg patut letak baju, kitorg letak brg2 shopping! Hahahaha.

Flight balik pkul5.30 petang. So kami mintak check out lambat skit. Dpt laa pkul2 kami check out. Husband sempat gi beli coklat and perfume jgk laa. Org yg hantar kitorg kt airport janji nak amik kt hotel pkul3, so mmg sempat laa kan husband jln2 kejap. Aku je surrender sbb kaki aku mmg seriously tak bleh byk gerak. Bile gerak je sakit ya amat! So aku tggu kt lobby je laa. Hehe.

Kami smpai kt airport dlm pkul4 cmtu. Check in beg, amik kau! Tambah lg 15kg. maka duit pun bertambah jgk laa. RM75 okay utk 15kg tu. Haih. Nasib kitorg mmg spare duit lebih sbb instinct kuat ckp berat beg ni konfem bertambah. Hehehe. So, bayar on the spot je kt situ. Dah check in, kami makan tghari. Sgt lapar! Pdhal dah pulun gile2 mase breakfast. Hahahaha. Kami smpai kt LCCT lebih kurang pkul7 cmtu. Alhamdulillah, semua selamat! Hehe.

Overall, kami sgt enjoy gi Langkawi, maklum laa 1st time gi sane kan. Cume kami kesuntukan masa nk jalan2 semua tempat. Takpe, nnti kite pegi lagi okay! Hehehe.

Jom layan gambar!

haaa. semua ni 30KG!!!!
sambil tggu sambil snap2! hehe.
yeah! it's his 2nd time naik flight! oppss~




TAMMAT~

Tuesday, January 22, 2013

Honeymoon : Day 2 (Part 2)~


Salam semua

Okay let’s proceed. Sesampai je kitorg kt hotel, dpt laa kemas2 brg2 shopping tadi sambil baring2 sementara tggu waitress anta makanan. Hehe. Oh ye, org hotel akan tnye kite nk makan kt restaurant atau kt bilik. Memandangkan kami nk feeling romantic yg extreme, kami pilih candle light dinner kt bilik. Mmg feeling habis! Huuu~

Suasana bilik yg suram, ditambah plak dgn bunyi muzik mendayu2, mmg feel betul kitorg makan. Sambil sembang2. Sambil gossip2. Sambil peluk2. Teeettt! Hahahaha. Makanan sgt sedap dan awesome! Tapi kesian kt waitress tu laa kene turun naik turun naik. Mule2 dtg anta appetizer. Kitorg dah settle, die dtg plak anta main course. Kitorg dah settle, die hantar dessert plak. Pergghh! Rase macam raja laa. Hehehe. Oh btw, waitress tu sgt baek and candle light dinner ni mmg termasuk skali dlm pakej. Siap deco2 lagi. Best2! Hehehe. Disebabkan servis yg awesome dan kami happy, kami bagi laa die tips skit. Hehe. Tq ye dik sbb serve kitorg! 

Menu for appetizer – sup tomato with garlic bread. Air Sparkling Grape and sky juice! Hehe.

suasana yg best!
Menu main course – aku pilih Salmon, husband pilih ayam. Name masakan mmg kitorg failed! Tak ingat! Tapi sedap dan portion sgt byk. Means boleh makan utk 2 org. Kami makan smpai kembung okay! Hahahaha. Best2!!

si hensem yg happy! heheh. love him!
Menu dessert – aiskrim, kek & coffee/tea

kualiti gmbr kurg menarik. sorry. kte candle light dinner, mane bleh terang2. hehehe.
Seriously heaven! Settle makan, layan movie jap, pastu kitorg kemas2. Ye laa, esok dah nk balik kaan. Waaa. Tak nak balik!!!!!!!! Hehehe. Will be continue to the last part! Stay tuned! Hehe~




Honeymoon : Day 2 (Part 1)~

Salam semua.

Okay, mari proceed with our honeymoon journey! Hehe. Day 2 kami adalah Mangroove! Weee~

Apa itu Mangrove?? Mangrove tu dlm English. Hehe. Mangrove atau Bakau adalah pelbagai jenis pokok sehingga ketinggian sederhana dan pokok renek yang tumbuh di habitat masin sedimen pantai di kawasan tropika dan subtropika. Perkataan yang digunakan dalam sekurang-kurangnya tiga deria: (1) yang paling meluas untuk merujuk kepada habitat itu dan himpunan tumbuhan keseluruhan atau Mangal, (2) untuk merujuk kepada semua pokok-pokok dan pokok renek yang besar dalam paya bakau, dan (3) sempit untuk merujuk kepada bakau keluarga tumbuh-tumbuhan, Rhizophoraceae , atau lebih khusus hanya untuk pokok bakau genus Rhizophora. (credit sources to Wikipedia)

ni laa Mangrove or Bakau!
Itu maksud Mangrove. Kat Langkawi jgk ia terkenal dan dipanggil Mangrove Tour. Mangrove Tour adalah lawatan di sepanjang sungai Kilim. Pada kedua-dua pokok bakau, Bot akan dibawa perlahan-lahan dan anda dapat melihat dan belajar tentang ekosistem bakau. Ini adalah lawatan yang menyeronokkan dan pendidikan untuk semua orang. (credit sources to tripadvisor.com.my)

Pendek kate, 9am smpai 2pm Mangrove tour ni sgt best sbb sambil jalan2 atas laut tu smbil tu kite dpt tgk pokok2 bakau yg cantik dan juga hidupan2 yg ade kt kawasan sekitar nye. Hehehe.

Tourist bwk kami ke beberapa tempat antaranye Gua Kelawar, Gua Buaya, Fish Farm, Eagle Feeding, Gua Citra Warna and pakej ni skali dgn lunch. Dlm boat tu ade dlm 15 orang jgk laa. Kebanyakannye pelancong asing. Dorg teruja sgt tgk keunikan dan keindahan semulajadi kt sini. Overall, Mangrove Tour ni sgt best! *brape kali nk ulang best daaa?* Jgn risau sbb korg takkan sunburn and korg takkan lemas, insyaAllah. Maklum laa, kami berdua mmg tak reti berenang. Punye laa takut nk naik boat tu. Hehe. If tourist tak bagi korg life jacket, just mintak je kt dorg k. Sure die bg punye. Hehehe.

Kami smpai semula kt hotel around 4pm. Balik tu trus mandi dan kitorg take a nap jap! *asik tidur je laa pun !* Dlm pkul5 cmtu kitorg keluar balik. Gi Dataran Lang snap2 gmbr. Pastu kami SHOPPING !!! Kami borong sakan, especially COKLAT ! Husband beli set pinggan mangkuk utk Mama. Aku beli mangkuk hidang yg siap dgn lilin utk Mak. Utk adik2 aku, aku beli tshirt and seluar batik. Utk adik2 ipar, husband beli perfume. Shopping pnye shopping habis dkt RM1000 jgk laa. Berbaloi2! Hehehe.

Okay, penat shopping, kami terus bergegas balik hotel. Sebab kitorg ade candle light dinner. Org hotel tu siap call lg tanye kt mane sbb die call bilik tak berangkat! Hahaha. Okay, tu aku continue next part eh. Panjang laa plak! Hehehe.


okay, jom layan gambar!

ni kt Gua Kelawar!

ni kt Gua Buaya. hehe.
Fish Farm
landak laut
belangkas!
bagi makan ikan pari. hehe.




kami bersama helang! hehe.


next~~





Sunday, January 20, 2013

Honeymoon : Day 1~


Salam semua.

Okay, mari sambung lagi. Hehe. Bangun pagi tu, kami dok tgk map. Tgk byk tempat best2! Maka kami decide nk sewa kereta. Abg yg pickup kitorg kt airport tu ade bgtau if nk sewa kereta call je die. So kami call je laa abg tu. Kami sewa Viva je, sehari RM80.

Dgn berbekalkan map ditangan, destinasi pertama kami adalah Beras Terbakar, kt Padang Matsirat. Kt luar tu ade laa kedai2 jual cenderahati. Kami ni mmg tak reti laa nk beli2, lagi2 baju2. Hahaha. Tengok je laa mampu nye. Beras terbakar ni ade kt Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam tanah lebih tiga kaki. Apabila hujan lebat beras itu timbul. Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Ini boleh dibuktikan iaitu seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu ada sampai sekarang. (credit sources from sasterarakyat-kedah.com)



Nak tau lebih2, sila laa dtg tgk sendiri k. hehehe. Our next destination is Telaga Tujuh. Parking mahal. RM3 klu tak silap. Hahaha. Mule2 sgt excited nak tengok telaga tujuh ni. Naik laa tangga tu. Naik punye naik, bile nak smpai ni?? Naik lagi dan lagi, erkk ! Still tak sampai2 lagi. Adoi. Aku memang tak larat dah nak panjat tangga tu. Tinggi gile okay ! Nasib husband ade, die yg berkobar2. Aku pun join laa kobar2 die tu. Hahaha. Alhamdulillah smpai dgn jaya nye. Tp hasilnye adalah sakit kaki, dr betis smpai buku lali. Tuhan je tahu sakit nye cane. So, sementara nak reda kan sakit tu, kitorg rehat2 kat atas tu. Memang ramai mat saleh kt atas tu. Dorg santai2, mandi manda. Kitorg ni rase menyesal tak bwk baju spare. At least da penat lelah naik tangga tu boleh laa rehat2 sambil mandi air terjun. Tp apekan daya, tengok je laa. Hehehe. Pemandangan sgt cantik ! Angin tiup sepoi2 bahasa. Dr situ jgk nmpk kereta kabel.

muke kepenatan! hehe
muke tahan sakit kaki! hahaha.
kaki sakitttt!
my hensem man!
the view!
Okay, ni serba sedikit info pasal Telaga Tujuh. Klu nak tau lagi, sila dtg sendiri k. hehehe. Di Langkawi dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi tersebut. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Namun Telaga mandian Tujuh Puteri di Tanjung Maya bukan diintai oleh putera raja tetapi sebaliknya diintai oleh orang tempatan, Awang Rejab. Sehingga kini kawasan tersebut dijaga oleh perwaris  keturunan beliau yang tinggal di Tanjong Maya. Pada asalnya  telaga tersebut  agak kecil tidaklah sebesar sekarang. Telaga itu dibersihkan,  diperluas dan diperdalam bagi kemudahan orang awam mengunjunginya. Kawasan Telaga Mandian Tujuh Puteri ini  agak bersih kerana  tong-tong sampah  disediakan bagi kegunaan pengunjung yang beriadah di sana disamping pondok serta titian menuju ke setiap telaga. Dikatakan babi tidak berani masuk ke kawasan tersebut sekalipun bekas tapak binatang tersebut berjuritan di kawasan yang tidak jauh dari tempat telaga tersebut. Aku sempat mandi di ketujuh-tujuh perigi tersebut. Mandi ala kadar. Airnya berwarna coklet, sejuk . Pada mulanya aku menyangka airnya ‘bahal’ atau rasa kelat paling tidak masin kalau diminum.  Kenyataannya tidak, air telaga begitu nyaman, segar dan tidak seperti yang ku sangkakan sebelumnya. Ada juga orang percaya, air telaga begitu mujarab boleh menyembuhkan beberapa penyakit. (credit sources from fotorafi.wordpress.com)

Dah sakit kaki tu, mmg takde mood langsung laa nak jalan2 lagi. Klu ikot hati nak je ajak husband balik. Tp kang die marah plak. Lagipun rugi laa kan, dah sewa kereta tapi guna kejap je. So, plan nye nk cari Laksa sedap. Tp tak jumpe. Org ckp laksa kt airport tu sedap. Kami nmpk ade stall laksa, tp cm tak konfiden je nk benti. Akhirnye melepas! Hehehe. Lunch kami makan ikan bakar. Kwn ade suggest kedai jgk, tp nth laa. Kami tak reti cari kot. So makan je laa kt mane2 kedai pun. Same je kaan. Hehehe. Lps balik dr Telaga Tujuh tu, konon2 nk gi naik kereta kabel. Tp husband tak berani, lgpun cuaca tak berapa baek haritu, maka kami tak pergi pun kt situ. Sian kaan. Hehe. So, kami menghabiskan masa dgn berjalan2 dlm kereta. Tgk2 tempat org smpai sesat2 laa. Hahahaha. Sesat tp best! Kemain beria husband nk cari goreng pisang, tu yg sesat tu! Hahaha. Konon2 nk pegi Makam Mahsuri, tp tak sempat, dah petang. Before balik hotel, pegi laa Dataran Lang, nak snap gambar punye pasal. Tp smpai2 je sane, bateri kong! Hahahaha. Ape pun tak bleh! Kemain nk memanfaatkan kereta tu, last2 tak dpt jgk. Tak pe laa. Balik je laa. Kitorg smpai hotel dah lewat petang jgk. Mandi rehat2.


Mlm nye, lepas Isyak kot, kami keluar balik. Kalini ke Pantai Cenang. Konon2 nak tgk suasana pantai diwaktu malam laa kan. Tapi, tak jumpe plak pantai nye. Ke kami tak reti nak cari ? Entah laa, tp yg pasti kitorg jln2 sepanjang kedai2 kt Pantai Cenang tu. Lalu kt Cenang Mall jgk. Sambil2 tu cari tempat utk dinner skali. Asalnye, kitorg ade candle light dinner malam tu mlm tu. Skali masuk dlm pakej honeymoon kitorg. Tp kitorg mintk tkr ke esok mlm nye sbb rase rugi plak da sewa kereta tp tak guna kaan. Sambil jln2 tu, kami tgk2 jgk pakej Island Hoping. Niat kami nk gi Island Hoping next day nye. Da smpai hujung2 jalan, kami singgah laa kt agent for Island Hoping ni. Tnye akak tu dlm byk2 ni mane best? Die suggest kami amik Mangroove. Mangroove ni jln2 kt laut naik boat. Die akan bawak ke beberapa destinasi siap ade makan tengahari lagi. Harga ialah RM100 seorang. Okay laa sbb tgk kt kedai lain RM110 ke RM120 cmtu. Kitorg tak trus booked pun, amik je contact akak tu pastu gi dinner dlu. Lepas makan, kami bincang2 balik, then terus booked dgn akak tu. Bukn ape, kitorg kan sewa kereta, kitorg amik kereta tu pkul10 pagi so kene pulangkan pkul10 pagi jgk laa kan. Tnye kt abg kereta sewa tu, die ckp die boleh dtg amik awal. Sebab agent utk Mangroove tu akan amik kitorg kt hotel pkul8 pg cmtu. Hehe. Korg phm ke? Phm2 kn je laa eh. Hehehe.


Maka lepas makan, kami jln2 lagi. Balik hotel terus tidur sebab esok pagi nye nk bangun awal. Yeah! Mangroove time! Will be continue to the next part! Hehe.







Saturday, January 19, 2013

Honeymoon : The Arrival~



Salam semua.

Harini rasa nak update pasal honeymoon. Boleh tak? Hehe. Sorry laa sbb skip review. Bukn ape, cm boring je kaan bace review kawen aku kan. Hehehe.

Destinasi honeymoon kami dalam Malaysia je. We decide to go to Pulau Langkawi. Aku beli tiket flight masa Air Asia buat promo free seats. If I’m not mistaken dlm bulan Feb or March tahun lepas. Tak ingat dah yang pasti tambang pegi balik utk 2 org adalah sebanyak RM180 SHJ! Murah kaann? Hehe. Tp ade cite disebalik nye. Nnti aku cite, bace dlu eh. Hehehe.

Okay, kami pergi ke sana pd 27 Nov 2012 (Selasa), hari kedua selepas settle kedua2 majlis. Seriously memang niat pegi sane nak tidor secukupnya and rehat2 je. Hehe. Kami pegi sampai 30 Nov 2012 (Jumaat). 4 hari 2 malam kt sane. Tentang penginapan semua aku serah kt kwn adik aku sebab die org travel agency. Biasa agent yg booked kan murah skit. And the worst is kami tak penah sampai pun Langkawi tu. So, memang semua aku serahkan kt kwn adik aku, Ameer. Nama travel agency tu ialah AAM Travel Planners Sdn Bhd (44091-D) (KPL 0214). Dgn servis yg die bagi tu, aku suggest jgk laa korg try travel agency ni and dorg tgh wat promotion tu. Pegi Jakarta ade, Bandung ade, Singapore pn ade. Just search je kt FB k. hehe.

Selasa tu kami gerak lepas subuh, dlm pkul6 cmtu. Flight pukul7.30 pagi. Korg nmpk tak betapa suntuk nye masa. Husband mmg ajak pegi awal, before subuh lagi. Takpe laa solat kt sane kan. Tp disebabkan adik aku yg hantar, die nak drop je, so die nak solat dlu. Tu yg keluar dr umah pkul6 tu. Hehe. Estimate time dr rumah aku ke LCCT ialah lebih kurang 45minit ke sejam jgk. Tu pun aku dah jenuh pecut, smpai LCCT pkul7 pagi. Okay, mase tu lega laa jgk sbb sempat kaan. Konfiden ni nk masuk utk check security, sekali polis tu ckp beg kami kene masuk kargo. Aku mcm what?? Rase mcm kecik je beg ni. Pasrah and terus gi kaunter beg. Tp u know what? Kaunter beg dah TUTUP! Boleh bayang tak perasaan ni cane? Mase tu byk benda dah ade dlm otak ni. Kitorg pujuk2 jgk akak kaunter tu mintak masukkan 1 beg ni je lagi. Die tolong laa, tp mmg tak sempat sbb beg semua dah bwk ke flight. Die suggest, sorg pegi dlu sorg lagi amik next flight bwk beg skali. Okay fine! Aku pun lari laa, sebab nak kejar jgk flight 7.30am tu. And again, u know what? Gate da TUTUP! Kau rase mcm batu hempap 5 bijik kt kepala! Hamik kau! Keluar balik pegi kt husband sambil wat muke sdey. Actually, husband marah jgk laa sbb aku ni yakin sgt sempat smpai klu keluar pkul6. Skali hamik kau! Waaaa. Nangis! sorry husband!

Kesimpulannye, kami tertinggal flight! Haih. Makanya, akak tu suro beratur kt kaunter hujung suro beli tiket baru. Again, pasrah laa pegi beratur. Mase ni dlm otak aku dah pikir dah, ni mesti RM1000 jgk kene tambah ni. Waaa! Nangis lagi! Smpai je turn kami, laki kt kaunter tu tnye nak tiket bile. Kami tnye klu next flight kene tmbh berapa. Die kire2, kitorg kene tmbh lg RM500 cmtu. Pastu kami tnye lg, klu nk murah skit pkul brape. Die ckp pkul2 ptg. Errkk! Lmbt laa plak kan. Tnye lg brape plak kene tmbh. Die ckp dlm RM400. hmmm. Husband ckp lebih kurg je pun, baik amik next flight je. So, we decide to take the next flight dgn TAMBAHAN RM500. Pasrah, menyerah dan redha je mampu. Lesson learned! Husband dah buat muka dah. Ye laa, luak byk laa duit shopping kami. Again, nangis! T_T

Our new time for next flight ialah pkul10 pagi. Lepas je beli tiket, trus check in diri sendiri and beg. Terus masuk smpai gate, tggu laa kt depan pintu tu smpai boleh masuk flight. Hahahaha. Punye laa psyco takut kene tinggal lagi. Hahaha.

Kami smpai around 11am lebih. Org hotel yg pickup kitorg. Terus straight ke hotel. Sambil2 tu sembang2 jgk psl Langkawi, siap bg map lagi. FYI, kami gi sane mmg gamble je. Takde booked ape2 pun kecuali hotel. Hehehe. Konon2 nk explore sendiri laa kan. Oh ya, hotel yg kami menginap tu ialah Bayview Hotel. Lokasi nye btul2 tengah2 Pekan Kuah. Dekat dgn Dataran Lang and jetty. Sebab ape kami pilih pekan?

1. sebab kami tak suke pantai
2. sebab senang nk shopping
3. senang nak makan
4. happening sbb pekannye ramai jgk org, musim cuti sekolah kan

Hehehe. Hotel tu mmg sgt superb okay! Antara hotel termahal jgk kt pekan tu. Servis so far sgt superb. Hotel kami adalah seaview. Sgt cantikkk! Hehehe. Oh, sepatutnye check-in pkul2, tp sebab bilik kami dah ready, pihak hotel trus bagi masuk bilik! Yay! Happy sgt! Ye laa, penat kot tercongok kt airport. Dgn lapar nye. Hahaha. Da letak beg and tgk bilik, kami turun bawah jalan2 cari makan. disebabkan terlalu lapar, kami terus masuk kedai makan Thai kt depan hotel tu. Perghhh! Terbaek!! Tp mahal skit laa. Mahal2 pun berbaloi, kenyang gile! Hehe. Lepas makan, kami just jln2 je kt pekan tu. Yup! Jalan kaki je. Dekat je dgn hotel. Kt situ ade bank, kedai perfume, kedai coklat yg Haji Ismail Group tu, sume dekat2 laa pendek katenye. Maka save bajet disitu. Hehe. Seharian tu kami tidur je! Mlm bru keluar cri makan and masuk bilik balik, tidur smpai pagi! Hahahaha. Tidur dgn nyenyak nye. Best! *aku bendera merah! Teeettt*

Okay, mari layan gambar.

muke lega dah masuk flight. hehe.
the hotel (google)
cantikkk!!!
the bath-tub!
toilet
gift from hotel!
simple & nice!
every sudut ade bunga ros! best! wangi bilik!
makanan tgh hari kami! terbaek!! 


Will be continue to the next part ~