f.o.l.l.o.w.e.r.s

Saturday, October 30, 2010

y.o.u~

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiaatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
AMIN....Ya Rabbal A'lamin.



i'm GLAD its you. aku sentiasa berdoa moga jodoh kite berpanjangan dan dipanjangkan umur. this time, i'll love u till my last breathe. insyaAllah~


[notaku: ini entry terakhir utk cerita tentang cinta. lepas ni tiada lagi. sbb aku taknak over exposed and aku taknak org menyampai2kan cite. sekian~]




No comments: